HEXA Goes Global: A Bold Debut at Korea Import Fair 2025 🇰🇷🌶️
We’ve got big news to share—HEXA just made waves in Seoul!
From July 7–9, HEXA Food Sdn Bhd proudly took part in the Korea Import Fair 2025, held at the iconic COEX convention center. This wasn’t just any trade show—it was a global platform that brought together brands from all over the world, and HEXA was right there representing Malaysia’s best in food innovation.
Flying the Malaysian Flag High 🇲🇾
With support from the Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), Malaysia showcased 12 standout companies and one government agency. And guess what? Malaysia had the highest participation among all ASEAN countries! A true testament to our growing presence in the global market and our commitment to the Look East Policy.
The excitement is also building ahead of the upcoming Malaysia-Korea Free Trade Agreement (MKFTA), and this event couldn’t have come at a better time.
HEXA at the Heart of Innovation
Under the wing of Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), HEXA joined forces with two other amazing local brands—Fatihah Frozen Food Sdn Bhd and Deligateux (M) Sdn Bhd—to showcase what Malaysia has to offer. MTDC’s booth wasn’t just an exhibition space; it became a buzzing hub for business matching, where we had the chance to connect with international buyers, distributors, and food industry players from all over Asia.
What This Means for HEXA
Our participation in Korea Import Fair 2025 marks an important milestone in HEXA’s journey towards becoming a globally recognized name in Halal-certified herbs and spices. We’re excited about the new opportunities, potential partnerships, and the chance to bring bold Malaysian flavors to Korean kitchens and beyond.
This is just the beginning. As we continue to explore global markets, we’re staying true to what we do best—delivering quality, taste, and convenience in every pack.
Thank You for Being Part of Our Journey 🙌
To all our supporters, customers, and partners—thank you for growing with us. The world is ready for HEXA, and we can’t wait to spice things up internationally!
For more information:
750276_BUSINESS_NAT_BIZD_22-07-2025_p05
Selamat Makan & 감사합니다 (Thank you)!
HEXA Melangkah ke Pentas Global: Penampilan Hebat di Korea Import Fair 2025 🇰🇷🌶️
Kami ada berita besar untuk dikongsi—HEXA kini melangkah ke Korea!
Dari 7 hingga 9 Julai 2025, HEXA Food Sdn Bhd dengan bangganya telah menyertai Korea Import Fair 2025 yang berlangsung di pusat konvensyen terkenal, COEX, Seoul. Ini bukan sekadar pameran perdagangan biasa—ia merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan jenama-jenama dari seluruh dunia, dan HEXA berada di sana mewakili kehebatan inovasi makanan Malaysia.
Malaysia Angkat Nama di Korea 🇲🇾
Dengan sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Malaysia menampilkan 12 syarikat dan satu agensi kerajaan di Pavilion Malaysia. Yang membanggakan, Malaysia mencatatkan penyertaan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN! Ini membuktikan kesungguhan negara dalam memperkukuh kehadiran di pasaran global serta komitmen terhadap Dasar Pandang ke Timur.
Lebih menarik, pameran ini turut berlangsung menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA) yang sangat dinantikan.
HEXA Di Barisan Hadapan Inovasi
Di bawah naungan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), HEXA turut berganding bahu bersama dua jenama tempatan lain—Fatihah Frozen Food Sdn Bhd dan Deligateux (M) Sdn Bhd—untuk memperkenalkan produk makanan Halal Malaysia yang berkualiti kepada pasaran antarabangsa.
Ruang pameran MTDC bukan sahaja menjadi tempat pameran, malah menjadi pusat padanan perniagaan yang meriah. Kami berpeluang berhubung dengan pembeli antarabangsa, pengedar, dan pemain industri makanan serantau sepanjang acara tersebut.
Apa Maknanya untuk HEXA?
Penyertaan kami di Korea Import Fair 2025 merupakan langkah penting dalam usaha HEXA untuk menjadi jenama yang dikenali di peringkat global dalam segmen herba dan rempah Halal. Kami teruja dengan peluang baharu, potensi kerjasama masa hadapan, dan misi kami untuk membawa rasa Malaysia ke dapur Korea dan luar negara.
Ini baru permulaan. Dalam meneroka pasaran global, kami tetap kekal setia kepada prinsip kami—menyediakan kualiti, rasa dan kemudahan dalam setiap pek.
Terima Kasih atas Sokongan Anda 🙌
Kepada semua penyokong, pelanggan dan rakan kongsi kami—terima kasih kerana terus bersama dalam perjalanan ini. Dunia kini bersedia menerima HEXA, dan kami tak sabar nak ‘spice things up’ di pentas antarabangsa!
Selamat Makan & 감사합니다 (Terima kasih)!